22 Mac 2008

Selamat Datang ke Blog myhome51. Tujuan Blog ini diwujudkan adalah sebagai cabang perkongsian foto-foto,idea dan juga sedikit pengalaman saya mengubahsuai konsep kediaman asal kepada idaman citarasa sendiri.Saya menginginkan rumah yang berkonsepkan TROPICA RESORT DAN BERCIRIKAN ALA KAMPUNG.Sebagaimana orang lain menghasilkan karya seni mereka, bagi diri saya inilah cara untuk berkongsi karya saya...Adalah sangat berpuas hati sekiranya apa yang dihajati tercapai. Bagi orang lain, lain pula cara mereka untuk memenuhi hobi dan minat masing-masing. Ada yang sangup berhabis-habisan puluhan ribu ringit bagi memenuhi hobi masing-masing.Bagi diri saya, saya sangat bertuah kerana mempunyai isteri yang sama hobinya seperti saya..Kami sama-sama berminat tentang menanam tumbuhan perhiasan. Malah emak mertua saya pun gemar menanam bunga di kampung. Dengan ini juga saya dapat meluahkan idea-idea tentang apa yang telah saya idamkan tentang kediaman saya...Segala maklumat didalam Blog ini masih dalam proses dikemaskini. Jika anda ada bahan untuk dihantar ke blog ini, boleh lah email
kepada saya melalui email berikut: isadgt@yahoo.com.my.
POKOK SENDUDUK
Untuk makluman anda gambar tersebuat adalah koleksi pokok senduduk saya, buat masa sekarang baru ada 3 jenis iaitu jenis yang berada di kawasan terbiar, senduduk putih dan spesis ini.Benih pokok tersebut telah diambil dari tepi jalan di Tanah Rata Cameron Higlands. Pokok tersebut dibiakkan secara kaedah batang.Untuk mendapatkan pokok tersebut saya terpaksa singgah di tepi jalan dan mematahkan dahan pokok tersebut, apakan daya hati dah berkenan pada pokok tersebut...Pokok senduduk ini lain sikit dari senduduk biasa.Kelopaknya berwarna unggu pekat.Pokoknya boleh membesar sehingga ketinggian lebih dari 12 kaki.Ianya tidak sama seperti senduduk yang ada di hutan pinggir kampung.Daun juga mempunyai bulu lembut dan hijau yang kurang terang.Diharapkan semoga ianya dapat hidup subur di sini, kerana asalnya di tempat tanah tinggi.

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG POKOK SENDUDUK
Nama saintifik bagi pokok senduduk adalah Melastoma malabthricum. Ia adalah dari famili Melastomaceae. Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang tumbuhan liar di kawasan terbiar.

Pokok senduduk sesuai untuk merawat luka-luka bahagian dalam bagi wanita selepas bersalin. Kesesuaian ini adalah berdasarkan rujukan pada buku-buku klinikal dan farmasi. Malahan, melalui temu bual pasukan penyelidikan MARDI dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional tempatan.

Rawatan

Cara amalan

Luka-luka bahagian dalam selepas bersalin

Mengambil akar dan beberapa helai daun serta bersihkannya. Rebuskan sehingga mendidih. Tapiskannya untuk mendapat airnya sahaja dan minum dengan perlahan-lahan.

Luka atau kesan terbakar

a) Mengambil beberapa helai daun dan tumbuk sehingga lumat. Sapu di tempat luka atau kesan terbakar itu.

b) Mengambil daun dan akarnya. keringkan dan tumbuk kedua-duanya sehingga hancur. Taburkan serbuk itu di tempat luka atau kesan terbakar di kulit.



Nama Tempatan: Senduduk putih
Nama Saintifik: Melastoma decemfidum roxb./Melastoma Imbricatum
Nama Lain: Keduduk putih.
Famili: Melastomaceae
Lokasi dijumpai: Liar
Asal:

keterangan:
Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland.Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.
kegunaan:
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

WAKAF





SANTAI DIKALA MALAM HARI
BERBINCANG DAN BERKONGSI PENDAPAT BERSAMA TEMAN -TEMAN DIWAKAF.......KETIKA POHON MAGGA BERPUTIK KEBETULAN TEMAN-TEMAN DATANG BERBUAL MAKA REZEKI MEREKALAH DAPAT MERASA BUAH MAGGA SIKU RAJA..RASANYA ENAK, TIDAKLAH TELALU MASAM...ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA..(SIBAJU KUNING SIL KHANAS NAMANYA MANAKALA SIBAJU PUTIH ADALAH SHIDI ADALAH RAKAN SEPERJUANGAN....IDEA MEREKA TAK JUGA KURANG HEBATNYA...




SUDUT LAMAN YANG MASIH DALAM PROSES
DI UBAH SUAI....

DAPUR SELEPAS DIPASANG KABINET















































Idea taman didalam dapur adalah
lahir dari imaginasi saya iaitu mendapatkan suasana taman dan pokok menghijau walaupun didalam dapur.ruang cahaya diujudkan bagi memastikan pokok dapat hidup dengan segar dan juga dapat menjimatkan tenaga elektrik disiang hari..ini membuatkan isteri saya gemar mamasak kerana isteri sangat berminat dengan seni taman. Kami dapat menghayati suasana taman walaupun didalam dapur.pokok- pokok masih lagi dalam proses penambahan jumlah kerana pokok keladi gajah(Keladi BIRAH)dan spesis pokok berbatangkeras masih disemai diluar rumah agar ia hidup subur sebelum dimasukkan kedalam rumah.

DAPUR SEBELUM SIAP


PANDANGAN HADAPAN RUMAH SEBELUM DIUBAHSUAI

SELEPAS



INILAH KEAADAN PANDANGAN HADAPAN RUMAH SETELAH SIAP(Bumbung Lima)

Sedikit demi sedikit siap juga Bumbung lima atau
bumbung V terbalik ni.
Idea untuk mengubahsuai bumbung asal kepada Bumbung Lima(V terbalik)adalah bagi mengwujudkan suasana rumah kampung yang sekarang dah hampir berkurangan.Alangkah sedihnya jika rumah-rumah papan dikampung semuanya dah ditukar kepada rumah batu.hasil seni nenek moyang kita dahulu mungkin tak sama dengan teknologi sekarang.
Rumah papan rasanya tidak susah kalau hendak diselenggarakan..cuba anda ingat imbau kembali(bagi anda yang dibesarkan dirumah papan)bermula dari anda dibesarkan hingga sekarang berapa kali kah rumah tersebut telah dibuat selengaraan?adakalanya jika rumah melebihi 20 tahun mungkin atapnya(zink)sahaja yang perlu ditukar ganti kerana bocor atau dindingnya sahaja yang perlu disapu minyak...hingga kini rumah rumah tersebut masih lagi kukuh dan gah berdiri..kecuali rumah yang tidak berpenghuni sahaja yg ada risiko diserang anai-anai..saya amat tidak gemar dengan anai-anai..