31 Ogos 2008
PAKU GAJAH
CYATHEACEAE
Tree Fern
Paku Gajah Paya
Cyathea contaminans Mett.
Ini adalah pokok Paku Gajah Paya.
Pokok spesis ni banyak terdapat dikawasan yang sejuk dan tanah yang lembab.Pokok ni diambil di dalam paya di kawasan berhampiran air terjun di Alaga Beruas Perak...Agak sukar untuk membawa pulang pokok ini kerana pelepahnya yg panjang, kalau hendak di potong pelepah nya sayang pulak...tapi terpaksalah dipotong juga agar dapat dibawa dengan kereta kelisa.
Bagi menanam pokok ini harus lah ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas yg lama agar daunya tidak terbantut...buat masa sekarang saya dah dapat menyemai dan berjaya menghidupkanya sebanyak 6 pokok..cuba anda bayangkan jika pokok ini membesar dan tingginya seperti pokok pinang..Tahap ketinggian pokok ini saya tak dapat dipastikan.mugkin boleh mencecah 20 kaki. Jika anda pernah bercuti di Cameron Higlands, pastinya anda akan ternampak pokok tersebut yang gah berdiri di tepi jalan sepanjang anda menyusuri laluan jalan dari arah Tapah ke Cameron Higlands. Buat pertama kali sayamenanam pokok paku ini adalah yang di ambil dari tepi jalan di kaki bukit berhampiran Tapah. Untuk makluman pokok ini adalah pokok favourite saya.Bagi anda yang menggemari pokok ini, intai-intai lah ia di kawasan berhampiran anda...jika anda dapat menghidupkan nya dengan subur pasti anda akan berasa teruja dan bangga.
SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG POKOK TANDUK RUSA
Pakis Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok besar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran “adus, pulasari” serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.
FAKTA NAMA : Pokok keladi
NAMA SAINTIFIK : Caladium
KELUARGA : Araceae
JENIS : Keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang
KELADI GAJAH
Ini adalah pokok keladi gajah.(pangilan orang kampung).Namanya yang sebenar masih dalam kajian..saya akan nyatakan di sini kelak.Pokok ini dibawa dari Penanti Bukit Metajam.Ketika saya sampai di rumah abang ipar saya di BM, dia baru merancang hendak mencantas pokok tersebut yang berada di belakang dapur rumahnya...nasib baik la datang awal sedikit kalau tak dah hancur kena cincang. Waktu ambil pokok tu punyala la sihat....almaklumlah kedudukannya berada tepi air longkang...segar bugar laa..daunnya tinggi sampai cucur atap...tapi bila dah tanam didalam pasu di rumah saya, jadi bantut la pulak.untuk makluman anda jangan tanam pokok tersebut terlalu hampir atau akarnya jangan terendam terus ke dalam air pasti ianya tak menjadi.. Bagi anda yang berhajat untuk menanam pokok ini harus diingat yang pokok ini Spesies yang besar, yang penting perlu buang akarnya selalu...(buat tanam semula)...
SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG KELADI
POKOK keladi mudah diperoleh di negara kita walaupun mengikut kajian awal pokok itu berasal dari kawasan tropika Amerika. Pokok yang mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.Pokok itu lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana.
Bahang matahari yang terik akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.
Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya.
Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun kelapa sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.
Keladi Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, keladi Hortulanum pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Keladi Humboldtii Schott ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.
Perbezaan seperti inilah ditakrifkan sebagai suatu kesenian yang ada pada setiap jenis pokok keladi.
Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi. Selain keladi berwarna-warni, keladi hutan atau keladi yang boleh dimakan seperti keladi betawi, keladi udang, keladi minyak boleh dimanfaatkan untuk hiasan taman.
Bahkan, ramai peminat seni taman berminat menanam keladi gajah yang mempunyai daunnya yang melebar walaupun hanya mempunyai satu warna iaitu hijau.
Sesetengah peminat seni taman sanggup membina sangkar kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah dan tidak perlu menggunakan pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.
Kebijaksanaan penanam amat penting untuk menyusun tona warna keladi supaya kelihatan lebih menarik. Misalnya, keladi berwarna digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diserikan dengan latar keunikan warna daun pokok andung (Cordyline Terminalis Var) yang berwarna merah dan hijau florosen.
Bagi pokok keladi yang tidak tinggi latarnya boleh dihiasi dengan pokok pisang sepit, Dracaena atau tumbuhan kumpulan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang.
Keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanam pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dan persekitarannya boleh dihiasi sama ada dengan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau.
Bagi keladi gajah atau keladi gergasi, penanamannya kelihatan lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau carnation dijadikan objek hiasan bawahan.
Peminat pokok keladi harus diingat, penanaman di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya matahari. Keladi yang mendapat sedikit cahaya terutama di tempat yang gelap menjadikan tangkainya panjang dan sukar diurus.
Sedikit Penerangan tentang Keladi Birah.
Tumbuhan yang tumbuh liar. Ada yang ditanam sebagai pokok hiasan dan mempunyai rizom. Ketinggian mencecah 1-1.5 m dengan daun hijau yang lebar, tegak dan tirus di hujung.
Kegunaan tempatan
Keracunan
Bahagian Beracun: Pelepah dan bunga
Bahan Aktif: Kalsium oksalat (CaC2O4)
Bahan Lain: Sapotoksin (sejenis neurotoksin)
Kesan Keracunan Kalsium oksalat adalah sejenis perengsa mempunyai rasa yang pijar dan memberi kesan terbakar pada lidah, mulut dan tekak. Pembengkakan yang berlaku pada saluran fariks akan menyebabkan kesukaran bernafas.Kesan-kesan lain ialah kejang di bahagian perut dan delirium. Lain-lain keracunan yang dilaporkan ialah kebas, loya dan muntah setelah memakan rizomnya.
Kematian pernah dilaporkan berlaku pada kanak-kanak yang termakan akar dan daunnya dalam masa 6 jam.
Rawatan kecemasan
Bersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Bersihkan dengan air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika tertelan kerana ia dapat melarutkan racun dalam tumbuhan ini.
KAYU CENGAL Sn:neobalanocarpus heimii
Ini lah kayu cengal kalau nak tau... size 6 x 6...Tiang ini telah ditempah hampir - hampir 2 bulan baru dapat..tokey hard ware tu cakp...Aya kawan sekalang kayu cengal susah mau dapat lo...mau order dulu la..kalau ada wa bagi tau lu...tungu punya tungu baru baru dapat.Saya pun tak pasti dari hutan mana pembalak-pembalak menebang dan menghancurkan kegagahan pokok cengal ni...Setiap kali terlihat kaca TV berceritakan tentang pencerobohan hutan oleh pembalak haram saya bersa sangat sedih..bayangkan berapa lama sebatang pokok untuk membesar...nak tebang sekejap saja.jadi cuba anda fikir-fikirkan.Kayu sekrang ni dah mahal cikit, bukan mahal sikit tapi banyak...Kalau nak buat renovation rumah untuk bahagian luar, adalah sangat bijak jika menggunakan kayu cengal...Cengal Batu dan Cengal Emas harganya lebih kurang saja ada orang cakap cengal emas mahal sikit...mungkin emas 916 kot...tu ler mahal... yang sebetulnya cengal emas pada ira kayu nya dia tak kelihatan pecah-pecah(rekahan kecil)..tapi cengal batu dia nampak pecah sikit. Cuba anda tengok gambar tersebut didalam rumah saya. Saya mengunakan tiang elektrik dahulu(sekarang TNB dah guna simen konkrit) sebagai titik tumpu didalam rumah yang dipasang kekisi diapit bersama kayu cengal.agar nampak sesuatu yang menarik di ruang tamu.tapi jgn risau cengal batu pun takkan terbelah punya,... dah terbukti...cuba tengok tiang elektrik dulu-dulu...cuba korang langgar tengok... bukan kayu yang terbelah, tapi kepala korang yang terbelah adala...BACA MAKLUMAT BERIKUT TENTANG KAYU CENGAL..
Di sebalik kematian pohon cengal:
TAHUKAH anda berapa harga sebatang pokok cengal?
Jika ada di kalangan rakan anda bergaya ke sana sini dengan kereta TOYOTA ALPHARD nya, katakan kepadanya bahawa kereta itu boleh dibeli dengan hanya sebatang pokok cengal.
Itulah harga sebatang pokok spesies itu yang telah pun hidup selama 100 tahun.
Sekiranya dibiarkan terus tumbuh, pokok cengal boleh membesar sehingga berusia 1,300 tahun, lebih lama umurnya daripada mana-mana empayar yang terkuat di dunia.
Di negara kita terdapat sebatang pokok cengal yang umurnya sudah melebihi 1,300 tahun.
Dengan kuasa Allah, pokok itu mula tumbuh di Hulu Dungun, Terengganu ketika Islam baru 100 tahun berkembang di Semenanjung Arab dan wilayah sekitarnya manakala di Eropah sedang berlaku peperangan antara Empayar Byzantine dan orang Bulgaria.
Pokok itu terus tegak dan hidup subur sampai sekarang ketika berbilion manusia telah pun mati untuk menemui Penciptanya.
Pokok cengal atau nama saintifiknya neobalanocarpus heimii ialah sejenis pokok kayu keras yang popular. Kayu cengal mengandungi sejenis damar semula jadi yang melindunginya daripada serangan anai-anai.
Selain Hulu Dungun, antara kawasan taburan semula jadi pokok ini di Semenanjung Malaysia ialah daerah Raub di Pahang, khususnya di kawasan Hutan Simpan Tersang.
Tersang menjadi kawasan hutan yang dilindungi di bawah undang-undang. Tidak ada pokok boleh ditebang di kawasan itu tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan.
Di kawasan itu sepatutnya tidak ada pokok boleh dibenarkan mati kerana ditebang oleh manusia. Undang-undang menjanjikan hukuman penjara dan denda kepada penebang pokok di kawasan tersebut.
Malangnya, dua bulan lalu kira-kira 20 batang pokok cengal di Hutang Simpan Tersang telah ditebang oleh sekumpulan pembalak haram.
Pokok yang tumbang dibiarkan di dalam hutan begitu sahaja. Menurut para pegawai, pembalak-pembalak haram itu merancang untuk masuk semula ke hutan berkenaan pada musim cuti Hari Raya Aidilfitri hujung bulan ini bagi membawa keluar kayu-kayu cengal tersebut.
Musim cuti perayaan dipilih kerana mereka menjangkakan para pegawai Jabatan Perhutanan akan bercuti panjang pada waktu itu.
Cerita 20 batang pokok cengal yang telah menyembah bumi itu amat mengusik perasaan, namun ia tidak menjadi berita besar walaupun benih-benih cengal di Hutan Simpan Tersang digunakan dalam banyak projek tanaman semula pokok hutan di negara ini.
Rakyat Malaysia lebih gemar mengambil tahu nasib ahli politik seperti Datuk Ahmad Ismail dan Tan Sri Koh Tsu Koon daripada mendengar kisah kematian 20 batang pokok cengal.
Berita nasib pokok cengal itu hanya disiarkan dalam halaman wilayah akhbar nasional. Oleh kerana kisahnya cuma dibaca penduduk di Pahang, Terengganu dan Kelantan, takdir pokok-pokok tersebut mungkin tidak sampai kepada pengetahuan para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di Putrajaya.
Selama berpuluh-puluh tahun pokok-pokok itu menyumbang kepada pengeluaran oksigen yang kita hirup untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jasanya banyak, tetapi ia ditaburkan dalam proses yang kita tidak sedari.
Penjenayah yang membunuh pokok yang begitu berjasa kerana memberikan asas terpenting kepada kehidupan manusia tidak kita buru sebagaimana kita menangkap orang yang memberi dan menerima rasuah, atau seperti kita menghukum ahli-ahli politik.
Kita tidak ambil peduli sangat sedangkan mentaliti mereka itulah yang memberi kesan kepada alam sekitar, menyebabkan hakisan, kejadian tanah runtuh, pencemaran sungai dan udara serta akhirnya mengakibatkan kemerosotan kualiti hidup kita.
Dari satu segi, cara kita melayan kisah pokok cengal itu menunjukkan kita belum lagi mempunyai sikap yang menjadi sifat sebuah masyarakat maju.
Salah satu ciri penduduk negara maju ialah keprihatinan mereka kepada isu-isu alam sekitar.
Di negara-negara maju, isu alam sekitar merupakan satu faktor dalam politik. Di Amerika Syarikat, misalnya, alam sekitar menjadi bahan debat antara dua bakal Presiden serta menjadi isu yang digunakan untuk menilai pencapaian kepimpinan Presiden.
Pemimpin negara-negara itu sudah lama bercakap mengenai keperluan menukar gaya hidup: kurang memandu kereta, perubahan dalam cara pengeluaran industri, menghentikan penebangan hutan dan kemungkinan rakyat tinggal dalam rumah sempit di kota-kota yang dibina dengan matlamatnya untuk melindungi alam sekitar.
Mereka juga membayangkan bagaimana seluruh dunia perlu berusaha mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar menjelang 2050, satu tindakan yang jika dipaksakan menyebabkan kita perlu bersedia untuk menjadi miskin sedikit kerana akan berlaku kemerosotan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Isu-isu besar itu nampaknya tidak sampai ke Malaysia, atau kalaupun ada disebut ia tidak sehingga menjadi perbincangan di kedai kopi di kalangan rakyat. Hanya sesekali ia dibincangkan di Parlimen.
Kita kekal dengan mentaliti masyarakat negara sedang membangun. Politik kepada kita adalah mengenai perkauman, percaturan kuasa dan pengagihan kekayaan. Dalam politik kita, tiada istilah isu alam sekitar, baik dalam fikiran kaum Melayu, Cina atau India.
Dalam latar inilah 20 batang pokok cengal ditebang oleh pembalak-pembalak haram di Raub dua bulan lepas.
Pohon-pohon itu dikorbankan oleh manusia-manusia tamak yang tahu nilai yang boleh diberi oleh sebatang pokok cengal kepada gaya hidup mereka.
Pemergian ciptaan Allah itu tidak menimbulkan kontroversi dan ia juga tidak ditangisi oleh sesiapa walaupun pohon-pohon itu sebenarnya boleh hidup 1,000 tahun lagi.
BUAH ANGGUR BERBUAH LAGI..
Untuk makluman buah anggur ni telah berbuah untuk kali yang kedua..sape nak rasa buah anggur jemput la datang...tapi anda akan menyesal...kerana buahnya tersangat masam dan akan membuatkan anda takkan merasanya untuk kali yang kedua....pada mulanya rsa macam dah nak cantas jer pokoknya...tapi berbuah la pulak..
sekarang ni saya tengah semai pokok anggur hitam pulak......mgkin tanah di kawasan rumah saya kot yang tak sesuaiiiiii
KALAU INGIN TAHU TENTANG SPESIS ANGGUR BACA MAKLUMAT BERIKUT....
1) ISABELLA - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Warna Buah Masak: MERAH TUA
2) ISABELLA MADU - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Buah Masak: MERAH TUA
3) I.A.C - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Buah Masak: HIJAU
4) WHITE MALAGA - Tempoh berbuah: 7-9BULAN, Buah Masak: HIJAU
5) CARDINAL - Tempoh berbuah: 12-14BULAN, Buah Masak: MERAH
6) BLACK MUSCAT - Tempoh berbuah: 9-12BULAN, Buah Masak: HITAM
7) THOMPSON - Tempoh berbuah: 14-16BULAN, Buah Masak: HIJAU KUNING
8) BLACK OPEL - Tempoh berbuah: 9-12BULAN, Buah Masak: HITAM BIRU
9) GREEN PERLIET - Tempoh berbuah: 9-12BULAN, Buah Masak: HIJAU
10) C.B.R - Tempoh berbuah: 12-15BULAN, Buah Masak: HITAM
CARA MENANAM POKOK ANGGUR...
Cara menguna tapak :
· Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
· Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
· Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
· Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
· Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
· Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
· Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
· Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
· Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
· Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.
Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :
· Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
· Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
· Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
· Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
· Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
· Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.
Kadar Pembajaan Pohon Anggur :
· Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
· Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
· Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
· Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
· Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.
Pemangkasan & Latihan (Rujuk Gambar 1)
· Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
· Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .
Pemangkasan untuk Pembuahan (Rujuk Gambar 2)
· Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
· Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
· Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
· Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
· Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
· Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .
Menambah Kemanisan Buah
· Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
· Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
· Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
· Merancang pembuahan pada musim panas.