31 Ogos 2008


FAKTA NAMA : Pokok keladi

NAMA SAINTIFIK : Caladium

KELUARGA : Araceae

JENIS : Keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang


KELADI GAJAH
Ini adalah pokok keladi gajah.(pangilan orang kampung).Namanya yang sebenar masih dalam kajian..saya akan nyatakan di sini kelak.Pokok ini dibawa dari Penanti Bukit Metajam.Ketika saya sampai di rumah abang ipar saya di BM, dia baru merancang hendak mencantas pokok tersebut yang berada di belakang dapur rumahnya...nasib baik la datang awal sedikit kalau tak dah hancur kena cincang. Waktu ambil pokok tu punyala la sihat...
.almaklumlah kedudukannya berada tepi air longkang...segar bugar laa..daunnya tinggi sampai cucur atap...tapi bila dah tanam didalam pasu di rumah saya, jadi bantut la pulak.untuk makluman anda jangan tanam pokok tersebut terlalu hampir atau akarnya jangan terendam terus ke dalam air pasti ianya tak menjadi.. Bagi anda yang berhajat untuk menanam pokok ini harus diingat yang pokok ini Spesies yang besar, yang penting perlu buang akarnya selalu...(buat tanam semula)...
SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG KELADI
POKOK keladi mudah diperoleh di negara kita walaupun mengikut kajian awal pokok itu berasal dari kawasan tropika Amerika. Pokok yang mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.Pokok itu lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ada juga yang gemar meletakkan bunga ini di ruang tamu.

Bahang matahari yang terik akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya.

Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun kelapa sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.

Keladi Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, keladi Hortulanum pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Keladi Humboldtii Schott ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.

Perbezaan seperti inilah ditakrifkan sebagai suatu kesenian yang ada pada setiap jenis pokok keladi.

Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi. Selain keladi berwarna-warni, keladi hutan atau keladi yang boleh dimakan seperti keladi betawi, keladi udang, keladi minyak boleh dimanfaatkan untuk hiasan taman.

Bahkan, ramai peminat seni taman berminat menanam keladi gajah yang mempunyai daunnya yang melebar walaupun hanya mempunyai satu warna iaitu hijau.

Sesetengah peminat seni taman sanggup membina sangkar kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah dan tidak perlu menggunakan pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.

Kebijaksanaan penanam amat penting untuk menyusun tona warna keladi supaya kelihatan lebih menarik. Misalnya, keladi berwarna digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diserikan dengan latar keunikan warna daun pokok andung (Cordyline Terminalis Var) yang berwarna merah dan hijau florosen.

Bagi pokok keladi yang tidak tinggi latarnya boleh dihiasi dengan pokok pisang sepit, Dracaena atau tumbuhan kumpulan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang.

Keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanam pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dan persekitarannya boleh dihiasi sama ada dengan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau.

Bagi keladi gajah atau keladi gergasi, penanamannya kelihatan lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau carnation dijadikan objek hiasan bawahan.

Peminat pokok keladi harus diingat, penanaman di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya matahari. Keladi yang mendapat sedikit cahaya terutama di tempat yang gelap menjadikan tangkainya panjang dan sukar diurus.

Sedikit Penerangan tentang Keladi Birah.

Tumbuhan yang tumbuh liar. Ada yang ditanam sebagai pokok hiasan dan mempunyai rizom. Ketinggian mencecah 1-1.5 m dengan daun hijau yang lebar, tegak dan tirus di hujung.

Kegunaan tempatan

Keracunan
Bahagian Beracun: Pelepah dan bunga

Bahan Aktif: Kalsium oksalat (CaC2O4)

Bahan Lain: Sapotoksin (sejenis neurotoksin)

Kesan Keracunan Kalsium oksalat adalah sejenis perengsa mempunyai rasa yang pijar dan memberi kesan terbakar pada lidah, mulut dan tekak. Pembengkakan yang berlaku pada saluran fariks akan menyebabkan kesukaran bernafas.Kesan-kesan lain ialah kejang di bahagian perut dan delirium. Lain-lain keracunan yang dilaporkan ialah kebas, loya dan muntah setelah memakan rizomnya.

Kematian pernah dilaporkan berlaku pada kanak-kanak yang termakan akar dan daunnya dalam masa 6 jam.

Rawatan kecemasan

Bersihkan saki baki tumbuhan dari anggota badan. Bersihkan dengan air dan sabun jika terkena bahagian kulit. Berkumur dan minum air atau susu jika tertelan kerana ia dapat melarutkan racun dalam tumbuhan ini.



Tiada ulasan: