09 Julai 2012

PROJEK PULUDARIUM 2012

Projek  Manager sedang tengok tapak projek...

16 Februari 2010


ARIF ZAKWAN DAN NUR ARISSA ZAHRA

21 Jun 2009

GAMBAR PENUH PANDANGAN HADAPAN
KETIKA WAKTU MALAM DAN SIANG






OIII KOME DURIAN DAH BERBUNGEER...


07 Disember 2008

INILAH CARAKU BERKARYA...Ini adalah keadaan selepas dinding rumah dan lantai yg sedia ada sebelum & selepas dipasang papan lidah bersama lantai natural stone bagi menampakkan suasa rumah kampung.
Papan lidah adalah hasil pemasangan oleh saya sendiri. Pemasangannya agak lambat dan sukar kerana semua kerja tersebut dilakukan berseorangan, manakala lantai dan dinding bahagian bawah natural stone memerlukan khidmat kontraktor untuk menghasilkan nya.Sepanjang proses pemasangan
natural stone (pable wash)tersebut saya telah mempelajari teknik-teknik pemasangan batu tersebut..buat masa sekarang saya telah berjaya mengubah tiang asal dengan menampal dengan natural stone untuk tampak perbezaan dari tiang asal..
Gambar tersebut adalah tiang asal yang masih dalam proses pengubahsuaian dari tiang asal yang bulat(Tiang Roman) menjadi empat segi agar nampak kelainan.

03 November 2008

Laman hijau serlah ketenanganDapatkan pandangan pakar sebelum hiasi laman



MEMPUNYAI laman yang cantik dengan rumput menghijau pasti menjadi idaman ramai walaupun halaman rumah hanya ‘sekangkang kera’ atau ruangnya terhad.

Namun, untuk mendapatkan rumput menghijau yang cantik di laman rumah bukannya kerja mudah kerana anda perlu ada pengetahuan mengenainya, jika tidak dikhuatiri apa yang diharapkan menjadi sebaliknya.

Justeru, seeloknya dapatkan maklumat lanjut mengenai rumput sama ada melalui pembacaan atau peroleh nasihat pakar bagi mendapatkan hasil yang diingini seindah laman di perumahan mewah atau padang golf.

Adalah wajar dapatkan pandangan pakar untuk memilih rumput dan cara menjaga rumput yang betul supaya laman kekal segar dan cantik sepanjang masa.

Sebenarnya ada lebih 9,000 spesies rumput di muka bumi ini tetapi di Malaysia ada empat jenis yang sesuai dan biasa menghiasi laman kediaman iaitu Cowgrass atau Axonopus compressus, Bermudagrass (Cynadon Dactylon), Serangoongrass (Digitaria Didactyla) dan Zoysiagrass.

Gambar contoh

Bersihkan tanah dan buang batu serta sampah sebelum rumput ditanam.
(Gambar contoh)

Pengurus Bumi Hijau Landscape, Bukit Beruntung, Eyalarsan Achu memberikan beberapa tip untuk memulakan proses menanam rumput.

Beliau berkata, bulan pertama adalah waktu yang kritikal bagi penanaman rumput kerana ia perlukan penjagaan rapi, air dan baja yang sesuai.

“Jika sukatan air dan baja berlebihan atau tidak mencukupi pokok tidak akan tumbuh cantik dan kemungkinan risiko akan mati,” katanya.

Achu berkata, pemilihan benih rumput juga penting jika mahu melihat hasil yang cantik, maka pilih pokok yang elok, tidak cacat dan berwarna kuning.

Atur rumput permaidani rapat-rapat mengelak rumput liar naik.(Gambar contoh)

Selepas itu, katanya kenal pasti tanah untuk memastikan tidak berlopak, ada batu dan benda asing yang boleh merencatkan pertumbuhan rumput.

“Dalam peringkat ini, pemilik kediaman perlu membuang semua sampah, batu dan benda asing yang terdapat di laman. Selepas selesai membersihkan laman, periksa jika perparitan berhampiran atau kawasan lopak yang boleh menyebabkan air bertakung.

“Kemudian ratakan tanah supaya tidak ada kawasan yang cerun atau berlubang yang boleh menakung air. Selepas itu tutup kawasan berkenaan dengan tanah berwarna kuning dan ratakan. Selepas itu bolehlah mula menanam rumput Cowgrass,” katanya.

Bagi rumput jenis Permaidani (Carpetgrass) dan Mutiara (Pearlgrass), selepas lapisan tanah kuning perlu ditutup selapis dengan pasir. Ini kerana pasir akan menutup ruang kosong. Rumput jenis Permaidani dan Mutiara ini perlu ditanam rapat-rapat mengelak air bertakung dan merosakkan akarnya.

Jika ada kawasan yang berlubang, ambil pasir dan timbuskan. Selain mengelakkan air bertakung dan merosakkan akar rumput, langkah meletakkan pasir bagi menghalang pertumbuhan pokok dan rumput tidak diingini atau dikenali sebagai Missgrass.

Dalam tempoh sebulan ditanam, rumput perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang serta dibaja sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Baja yang sesuai adalah daripada jenis 15+ 15+ 15+ sesuai untuk rumput Mutiara dan Permaidani manakala 8+ sesuai untuk rumput Cowgrass.

Baja yang paling sesuai adalah daripada organik atau tahi haiwan, namun elakkan menggunakan baja tahi ayam kerana ia panas dan kurang sesuai untuk pokok renek seperti rumput. Baja tahi ayam lebih sesuai untuk pokok besar seperti Royal Palm, Busida dan Calathea.

Selepas sebulan, rutin siraman dan baja diteruskan tetapi jika rumput semakin panjang, disarankan supaya memotongnya tetapi jangan terlalu pendek sehingga menampakkan tanah kerana tindakan itu boleh mendedahkan rumput pada air yang boleh menyebabkannya bertakung serta merosakkan akar dan mempercepatkan rumput mati.

Jika rumput anda kuning ia bermakna tidak cukup baja dan kekurangan cahaya matahari. Baja dan air perlu seimbang dan elakkan membaja terlalu kerap kerana ia menggalakkan pertumbuhan rumput yang menyebabkan ia perlu kerap dipotong.

Rumput yang terlalu panjang terutama bagi jenis rumput Permaidani akan menyebabkan air mudah bertakung dan rumput cepat rosak dan mati.

Fakta Mengenai Rumput

  • Selain menjadi hiasan untuk laman, rumput adalah makanan haiwan. Dalam sesetengah keadaan padi, barli, jagung dan oat juga dimasukkan dalam kategori rumput. Ini bermakna rumput adalah sumber makanan terpenting di dunia.

  • Dalam sesetengah tempat, rumput banyak digunakan dalam pembinaan kediaman. Ini termasuk penggunaannya sebagai atap, dinding menerusi buluh (juga masuk dalam kategori rumput). Rumput juga digunakan untuk menghasilkan gula, liquor, roti dan plastik.

  • Rumput sebenarnya berfungsi menghalang tanah merekah dan tanah runtuh kerana akarnya mengikat tanah.

  • Seperti tumbuhan lain, rumput memerlukan tiga asas utama untuk hidup dan kekal lama iaitu cahaya matahari, air, nutrisi, selain biji benih yang elok, bebas daripada penyakit, serangan serangga.

    Perkara yang perlu difikirkan sebelum menanam rumput

    1. Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput.

    2. Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan masa untuk membuang rumput liar. Kita akan bahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana.

    3. Kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok? Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang.

    4. Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.

  • Amorphophalus sp.

    ARACEAE
    loki, lokai

    01 September 2008



    RUMAH BURUNG TEDUHAN
    ini dibuat bagi menarik burung untuk berteduh di kawasan rumah saya..
    tapi buat masa sekarang sudah ada burung yang intai-intai dan bertenggek kt situ. antara burung yang dah datang seperti burung murai dan burung merbah kapur...senang jer nak bagi burung datang. Cuma letak pisang 2-3 biji datang la ia...





    Mari tanam Rumput Mutiara


    Gambar tersebut(atas sekali) menunjukkan saya sedang menanam rumput mutiara dan(gambar bawah) ketika menanam rumput carpet jenis Filipine .Untuk menjimatkan kos dari membeli banyak rumput, saya pecahkan dan potong rumput yg dibeli (1 x 2 kaki) agar lebih kecil dan ditanam bertaburan diatas pasir yang telah di ratakan.Untuk makluman anda proses tumbesaran rumput Mutiara adalah lebih lambat berbanding Rumput Filipine, perbezaannya adalah 2-3 kali lbh lambat. Jika anda anda berminat untuk menanam rumput Mutiara kena lah banyak bersabar...tapi hasilnya sangat memuaskan...



    SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG RUMPUT CARPET:
    Sekiranya anda memiliki rumah sendiri, pasti memilih jenis rumput juga menjadi satu dilema ketika anda hendak berpindah masuk ke rumah baru anda. Anda tak percaya…? tengoklah nanti… Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis rumput yang boleh digunakkan sebagai rumput halaman anda. ..? Saya pun mengetahui pekara ini selepas melakukan projek menanam rumput dihalaman rumah sendiri. Itu pun setelah mengalami beberapa kegagalan kerana salah memilih jenis rumput yang bersesuaian dengan saya.

    Jenis rumput yang biasa digunakan sebagai hamparan halaman seperti

    1. Cow Grass (Axonopus compressus ) : Ada yang mempunyai daun panjang , pendek . kemucup

    2. Buffalo Grass ( Buchloe dactyloides ) : Macam same dgn cow grass

    3. Rumput Carpet ( Zoysia japonica ) : Manila Carpet, Taiwan Grass,dan banyak lagi

    4. Rumput Mutiara : Pearl Grass

    5. Ada lagi…..rumput liar yg tak tahu ape namanya...ianya akan tumbuh terutama musim hujan...cepat nya ia membiak walau tanpa di undang, terutama di halaman rumah kita di kampung...

    Didalam kegairahan memilih jenis rumput, ramai diantara kita terpedaya dengan kecantikkan rumput yang dijual di nursery atau melihat dihalaman rumah orang lain. Anda harus ingat… pekara yang paling penting ialah… sejauh mana anda sanggup melakukan penyelengaraan terhadap rumput halaman anda. Sekiranya anda rajin, mana2 rumput pun akan nampak enak dipandang jika anda ada masa membuat senggaraan(trimmer). tgk rmpt kt rumah saya sehinggakan tak sempat nak maintain …walaupun halaman tak seluas mana. Saya menggunakan rumput jenis Filipine Grass.
    Ada yang memilih rumput mutiara ( Pearl grass ) yang dikatakan mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelengaraan memotong daunnya. Tetapi anda harus ingat! rumput ini memerlukkan penjagaan nutrisi baja yang sempurna dan tidak tahan cahaya yang terlalu panas. Ia juga boleh dikategori sebagai rumput manja…
    Rumput carpet pula memerlukan penjagaan yang agak rapi. Ia perlu digelek supaya daunnya sentiasa cantik baring melata di permukaan tanah. Kadang-kala jika rumput lain yang tumbuh ditenggah halaman , apa yang anda boleh lakukan dengan hanya mencabut rumput asing tersebut satu per satu.

    kesimpulannya… pilih mengikut kesesuaian diri anda… kan…?

    31 Ogos 2008



    PAKU GAJAH
    CYATHEACEAE
    Tree Fern
    Paku Gajah Paya
    Cyathea contaminans Mett.

    Ini adalah pokok Paku Gajah Paya.
    Pokok spesis ni banyak terdapat dikawasan yang sejuk dan tanah yang lembab.Pokok ni diambil di dalam paya di kawasan berhampiran air terjun di Alaga Beruas Perak...Agak sukar untuk membawa pulang pokok ini kerana pelepahnya yg panjang, kalau hendak di potong pelepah nya sayang pulak...tapi terpaksalah dipotong juga agar dapat dibawa dengan kereta kelisa.
    Bagi menanam pokok ini harus lah ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas yg lama agar daunya tidak terbantut...buat masa sekarang saya dah dapat menyemai dan berjaya menghidupkanya sebanyak 6 pokok..cuba anda bayangkan jika pokok ini membesar dan tingginya seperti pokok pinang..Tahap ketinggian pokok ini saya tak dapat dipastikan.mugkin boleh mencecah 20 kaki. Jika anda pernah bercuti di Cameron Higlands, pastinya anda akan ternampak pokok tersebut yang gah berdiri di tepi jalan sepanjang anda menyusuri laluan jalan dari arah Tapah ke Cameron Higlands. Buat pertama kali sayamenanam pokok paku ini adalah yang di ambil dari tepi jalan di kaki bukit berhampiran Tapah. Untuk makluman pokok ini adalah pokok favourite saya.Bagi anda yang menggemari pokok ini, intai-intai lah ia di kawasan berhampiran anda...jika anda dapat menghidupkan nya dengan subur pasti anda akan berasa teruja dan bangga.





    SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG POKOK TANDUK RUSA
    Pakis Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok besar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran “adus, pulasari” serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.