Untuk makluman anda gambar tersebuat adalah koleksi pokok senduduk saya, buat masa sekarang baru ada 3 jenis iaitu jenis yang berada di kawasan terbiar, senduduk putih dan spesis ini.Benih pokok tersebut telah diambil dari tepi jalan di Tanah Rata Cameron Higlands. Pokok tersebut dibiakkan secara kaedah batang.Untuk mendapatkan pokok tersebut saya terpaksa singgah di tepi jalan dan mematahkan dahan pokok tersebut, apakan daya hati dah berkenan pada pokok tersebut...Pokok senduduk ini lain sikit dari senduduk biasa.Kelopaknya berwarna unggu pekat.Pokoknya boleh membesar sehingga ketinggian lebih dari 12 kaki.Ianya tidak sama seperti senduduk yang ada di hutan pinggir kampung.Daun juga mempunyai bulu lembut dan hijau yang kurang terang.Diharapkan semoga ianya dapat hidup subur di sini, kerana asalnya di tempat tanah tinggi.
SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG POKOK SENDUDUK
Nama saintifik bagi pokok senduduk adalah Melastoma malabthricum. Ia adalah dari famili Melastomaceae. Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang tumbuhan liar di kawasan terbiar.
Pokok senduduk sesuai untuk merawat luka-luka bahagian dalam bagi wanita selepas bersalin. Kesesuaian ini adalah berdasarkan rujukan pada buku-buku klinikal dan farmasi. Malahan, melalui temu bual pasukan penyelidikan MARDI dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional tempatan.
Rawatan | Cara amalan |
Luka-luka bahagian dalam selepas bersalin | Mengambil akar dan beberapa helai daun serta bersihkannya. Rebuskan sehingga mendidih. Tapiskannya untuk mendapat airnya sahaja dan minum dengan perlahan-lahan. |
Luka atau kesan terbakar | a) Mengambil beberapa helai daun dan tumbuk sehingga lumat. Sapu di tempat luka atau kesan terbakar itu. b) Mengambil daun dan akarnya. keringkan dan tumbuk kedua-duanya sehingga hancur. Taburkan serbuk itu di tempat luka atau kesan terbakar di kulit. |
Nama Tempatan: Senduduk putih
Nama Saintifik: Melastoma decemfidum roxb./Melastoma Imbricatum
Nama Lain: Keduduk putih.
Famili: Melastomaceae
Lokasi dijumpai: Liar
Asal:
keterangan:
Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland.Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.
kegunaan:
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air
Tiada ulasan:
Catat Ulasan