22 Mac 2008

Selamat Datang ke Blog myhome51. Tujuan Blog ini diwujudkan adalah sebagai cabang perkongsian foto-foto,idea dan juga sedikit pengalaman saya mengubahsuai konsep kediaman asal kepada idaman citarasa sendiri.Saya menginginkan rumah yang berkonsepkan TROPICA RESORT DAN BERCIRIKAN ALA KAMPUNG.Sebagaimana orang lain menghasilkan karya seni mereka, bagi diri saya inilah cara untuk berkongsi karya saya...Adalah sangat berpuas hati sekiranya apa yang dihajati tercapai. Bagi orang lain, lain pula cara mereka untuk memenuhi hobi dan minat masing-masing. Ada yang sangup berhabis-habisan puluhan ribu ringit bagi memenuhi hobi masing-masing.Bagi diri saya, saya sangat bertuah kerana mempunyai isteri yang sama hobinya seperti saya..Kami sama-sama berminat tentang menanam tumbuhan perhiasan. Malah emak mertua saya pun gemar menanam bunga di kampung. Dengan ini juga saya dapat meluahkan idea-idea tentang apa yang telah saya idamkan tentang kediaman saya...Segala maklumat didalam Blog ini masih dalam proses dikemaskini. Jika anda ada bahan untuk dihantar ke blog ini, boleh lah email
kepada saya melalui email berikut: isadgt@yahoo.com.my.

Tiada ulasan: